Posted by admin on March 7th, 2010
PETALING JAYA, 6 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.
Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian. Read more »
Popularity: 38% [?]
Posted by admin on March 6th, 2010
KOK LANAS, 24 Feb – Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melancarkan kempen ‘Katakan Tak Nak Kepada Pergaulan Bebas, Zina dan Arak!’ melalui Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam di Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP), di sini.
Ketua DPPNK, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, Kempen ini mensasarkan golongan muda dan remaja bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai bahaya pergaulan bebas, zina dan arak. Read more »
Popularity: 50% [?]
Posted by admin on March 5th, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih kerana berziarah ke sini. Ini adalah blog peribadi YB Ustaz Hj Abdul Latiff Hj Abdul Rahman merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Selain dua jawatan utama tersebut YB Ustaz Abdul Latiff juga merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krai dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Mengkebang.
Maklumat lanjut mengenai profil YB Ustaz Abdul Latiff boleh rujuk di sini (klik).
Popularity: 100% [?]